03 April 2009

London.. kini Tianjin pula..

By Rosnani

Belum lagi reda demam London , AirAsia kini melebarkan sayapnya pula ke bandar keenam terbesar di republik Cina . Tianjin!! Destinasi terbaru AirAsia yang terletak di sepanjang sungai Hai He yang bersambung terus dengan Sungai Kuning(Yellow river) dan Sungai Yangtze melalui terusan besar (Grand Canal) yang penuh bersejarah itu . Tianjin, sebuah ibukota yang juga merupakan bandar yang berhubungan rapat dengan Beijing , iaitu sebuah lagi bandar yang terletaknya salah satu dari 7 keajaiban dunia , iaitu Tembok Besar Cina . Dengan perjalanan yang hanya mengambil masa satu jam menggunakan keretapi laju dari Tianjin ke Beijing, maka tidak hairanlah orang ramai berpusu-pusa membuat penempahan awal, samada atas urusan perniagaan ,menziarahi sanak saudara mahupun melancung. Dan semestinya orang yang aku rasa paling gembira tentulah Mamiku kerana ini bermakna impiannya untuk menjejakkan kaki di Tembok Besar Cina kini sudah hampir tercapai

Melihat masyarakat Malaysia kini yang seumpama dilanda satu fenomena baru, iaitu melancung menaiki kapal terbang milik AirAsia , baik ke destinasi pelancungan tempatan mahupun luar negara membuatkan aku merasa cukup kagum dengan satu-satunya syarikat penerbangan tambang murah tempatan ini kerana semenjak kemunculannya seolah telah memartabatkan bumi Malaysia dimata dunia. Ini kerana nama Malaysia semakin meniti dari bibir ke bibir dan ianya tidak asing lagi di persada dunia. Tambahan pula dengan pengiktirafan terbaru dari Skytrax sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia berikutan prestasi cemerlang nya, kini AirAsia sepatutnya berbangga dengan segala pencapaian yang diraih sejak dari awal hingga kehari ini. Dato Tony sememangnya berhak berbangga diatas segala pencapaian dan kejayaan ini patut diraikan bersama kakitangan yang setia berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sentiasa memberikan sepenuh sokongan tanpa berbelah bahagi. Aku pula turut tumpang berbangga melihat kejayaan AirAsia.

Dengan motto nya “ Kini sesiapa pun mampu terbang” benar-benar memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk “keluar” melihat dunia .
Jika dahulu kita lihat pasangan-pasangan veteran yang sudah bersara sahaja yang mampu menikmati percutian keluar negara, tapi kini ramai para muda – mudi yang mula menghabiskan cuti mereka dengan melancung. Samada bersama pasangan masing-masing atau secara berkumpulan. Rombongan-rombongan sekolah, persatuan-persatuan pelbagai penubuhan, rombongan makcik – pakcik dari segenap felda , rombongan mak-mak bedah sudah semakin panjang langkah..
kini semuanya sudah “ merasa” terbang bersama AirAsia . Kesimpulannya, AirAsia umpama trend setter yang telah memberi kejutan budaya kepada seluruh masyarakat Malaysia umumnya.

  • Jasper

    Congrats! You made it. Hope the same here.