... read more " /> ... read more " />
21 October 2009

Kenangan Merempit Ala Rossi

By Wan Syahrul Amry

Bermodalkan suzuki RR110 merah hadiah lulus PMR dari ibu, gaya hidup aku semakin ranggi. cerita 13 tahun lalu di zaman gila gila remaja yang tak mungkin aku lupakan. masa tu tingkatan 5. cita cita untuk menunggang yamaha tzm dan rxz tidak mungkin kesampaian. ujar arwah ayahku, motor motor itu bersize longkang. mungkin kelajuannya membawa penunggang penunggang ini ke longkang maksudnya.

meletakkan norafumi abe sebagai idola ketika itu, suzuki RR110 merah mula mencipta nama di pekan kampung dengan gaya permulaan di persimpangan lampu isyarat dengan aksi ‘wheelie’ tanpa sebab yang munasabah.

memotong kenderaan kenderaan di jalan dengan gaya mencilok sungguh membuatkan aku teruja ketika itu. penunggangan yang tidak laju dan tidak perlahan sambil diperhatikan seolah olah bintang ternama sememangnya membuat diri ini konfiden dan bertenaga.

namun di zaman persekolahan keluar merempit hanya mampu dilakukan di waktu malam. memohon kebenaran untuk keluar dari ibu dan arwah ayah dengan memakai baju melayu dan kain pelekat sahaja. jaket, seluar jeans dan kasut sudah diletakkan di dalam bakul motor sejak siang lagi.

timbul syak wasangka barangkali ketika itu bila ke masjid yang hanya beberapa meter dari rumah anaknya sibuk memakai topi keledar dan bukannya kopiah seperti untuk berjalan jauh. uniform mula ditukar di kawasan parkir masjid. sebaik jaket, kasut dan helmet disarung bermulalah perjuangan si motor merah cili padi ini mencari kumpulan yang telah siap sedia meronda satu jajahan.

berkumpulnya mereka mereka ini di kedai kopi di tengah bandar. menyusun pelbagai jenama di bawah 150cc didahulukan dengan yamaha tzm, rxz, suzuki panther gamma, rg sport dan konco kapcai lain sekecil honda ex5.

meriahnya rombongan yang meronda tanpa hala tuju ini, masing masing bangga memperagakan jentera jentera masing masing yang awal awal sudah dikilat dan dibasuh bersih untuk sesi peragaaan beramai ramai. menunggang secara konvoi adalah aktiviti yang paling ceria terutama sesi mengambil selekoh mencecah lutut dan ada mencecah telinga akibat tergelincir umpama idola masing masing.

jikalau hari ini mungkin ada yang mengaku sehebat Lorenzo, Hayden barangkali Stoner dalam beraksi di jalan malaysia walaupun diiring doa resah ibu dan ayah di rumah.

sedang khusyuk aku memerah jentera kenit merah itu sambil melambai awek di tepi umpama Rossi mengecap kemenangan, rakan rakan lain yang menunggang jentera hebat dan besar umpama tzm dan rxz mula jatuh bertaburan di hadapan kami.

aku dan rombongan kapcai yang selari mula membrek kecemasan sambil terbabas kecil dan mula hilang kawalan. masih lagi terpinga pinga apakah gerangan kejadian di waktu 2 pagi waktu tempatan sehingga kami semua terpaksa berhenti dan membuat pusingan.

suasana kelam kabut kesemua kumpulan tadi membuat pusingan U di jalan yang sama dan ada yang mula bertentangan sambil mengangkat angkatkan kepala memberi isyarat. ‘road block’ kuda putih rupa rupanya.

aku yang bimbang ibu dan ayah terpaksa menjamin aku di balai berbanding masjid turut membuat pusingan umpama ‘drift’ yang tiada tandingan. si cili padi tadi terus memecut meninggalkan rombongan terketar ketar mengambil selekoh mencari jalan untuk pulang sambil tangan memegang baju melayu dan kopiah dan terus berdoa.

lupakan norafumi lupakan rossi, ketika itu hanya terbayang ibu dan ayah yang menyangka aku di masjid berborak panjang bersama pak imam.

Hari ini, Air Asia telah membuat satu tindakan yang hebat dan bijak sebagai sponsor Team Wildcard Malaysia. Air Asia cukup terkenal dengan sentuhan penjenamaan mereka yang tiada tolok bandingan yang terbukti kejayaannya.

Jujur aku katakan bila melihat jenama Air Asia membaluti jentera Team Wildcard Malaysia, harapan membawa nama negara dan 1malaysia ke mata dunia bisa jadi kenyataan. Sekaligus menukar persepsi budaya permotoran yang selama ini dikaitkan dengan isu negatif kini bakal menjadi lebih eksklusif dan bergaya.

Tahniah Air Asia kerana berjaya membuatkan aku untuk membeli motor 125cc di umur tua ini.

  • Din Effendi

    Tahniah, anda sememangnya hebat.