30 January 2009

Target kami: Ke Indonesia ! !

By Mazli

Kami sekeluarga memang suka melancong. Kalau dulu guna MAS,memang mahal. Kami sekeluarga sudah ke Japan, Hongkong, Korea, Beijing China(2 kali), Medan (4 kali), Bandung dan Jakarta dengan MAS. Tapi bila ada AirAsia nampaknya ia memberikan pulangan yang menguntungkan. Kami mula menggunakan AirAsia sejak tahun tahun 2007. Target utama kami bercadang untuk melancong ke seluruh Pulau di Indonesia dengan AirAsia melalui pakej Go Holiday. Memang menguntungkan. Sebagai kakitangan kerajaan kami akan melancong setiap 5 bulan mengikut cuti sekolah (InsyaAllah). Semenjak ada AirAsia ia memang banyak membantu menyelesaikan masalah minat kami sekeluarga yang suka melancong. Dengan AirAsia kami telah pergi ke Jakarta 2 kali, Surabaya, dan InsyaAlah akan Jogjakarta pada bulan jun ini(sudah ditempah)

Pemandangan Kota Surabaya dari hotel

Kapal Selam ditengah bandar
Surabaya?

Surabaya Zoo

Jambatan Kota Intan Jakarta

Makanan memang enak

Walaupun begitu AirAsia perlu meningkatkan mutu perkhidmatan walaupun menawarkan tambang murah.Antara cadangan saya:-
i. Tempat mengambil bagasi terhad.Saya terpaksa menunggu berjam-jam sewaktu masa puncak
ii. Masa penerbangan selalu di tukarkan sedangkan saya sudah ada program lain
iii. Makanan dalam kapalterbang selalu tak ada. Yang ada hanya maggi mee sahaja
Apa pun tahniah kepada AirAsia untuk rakyat Malaysia. AirAsia telah mengubah cara hidup rakyat Malaysia.Kini sesiapa pun boleh terbang!!!

  • Muqaddis

    Sememangnya AirAsia telah memberi peluang kepada ramai rakyat Malaysia khususnya untuk melancong dengan tidak perlu mengeluarkan begitu banyak belanja seperti dahulu. Memandangkan Mazli begitu berminat untuk melancong ke Indonesia, saya menyesyorkan agar melawat Manado kerana ianya berbeda dari tempat tempat lain di Indonesia begitu juga Makassar. Saya memanng setiap bulan ke sana di atas urusan perniagaan dan sekiranya memerlukan bantuan saya sila berhubung dengan saya.
    Terlalu banyak tempat yang boleh dilawati di Indonesia dan kosnya juga berpatutan samada “budget” atau pun sederhana.

  • Hazelyn

    Ya saya bersetuju dengan pandangan dan tempat yang di syorkan..Manado..Airasia memberikan peluang keemasan untuk melancong kepada rakyat Malaysia,seperti yang kita sedia maklum,tambang MAS memang mahal walaupun memenuhi kehendak pelanggan tetapi perlu di ingat..kepada golongan yang kurang berkemampuan..dengan ini sokonglah AIRASIA…