... read more " /> ... read more " />
14 November 2008

Nostalgia Bali

By Song

Pertama, ingin saya ucapkan TERIMA KASIH kepada AIRASIA sebab saya dapat pergi ke Bali dengan harga yang sangat murah.

Walaupun waktu tersebut adalah setahun yang lepas, tetapi kenangan bukan kerana tambang yang murah tetapi pergi bersama dengan insan yang cintai. Bali adalah tempat terakhir dimana kami sempat pergi melancong sebelum hubungan berakhir di separuh jalan.

Coretan dari gambar peninggalan masa di Bali.

Perjalanan ke Bali adalah kali ke-2 saya naik AirAsia.

Kali pertama adalah daripada Alor Star balik Kuala Lumpur untuk sambut Raya. Masa itu, belum lagi ada LCCT. Sekarang ini, LCCT dah ada, ia banyak membawa kesenangan kepada semua penumpang. Kepada mereka yang memberi komen mengenai kemudahan LCCT, harap bersabar sebab saya yakin bahawa TEAM AirAsia sentiasa akan membawa perkhidmatan yang paling baik untuk penumpangnya, cuma ia ambil masa sahaja untuk capai matlamat berkenaan. Bagi diri saya, LCCT boleh dikirakan OK, tempat makan ada, tempat sembahyang ada, sekuriti bagus…

Kali ke-2 perjalanan dari Bali ke Kuala Lumpur, penerbangan lewat. Ramai yang merungut. Dalam hati saya pula timbul belas kesian sebab pramugara dan pramugari tidak ada masa untuk berehat dan terus perlu sediakan apa yang sepatutnya untuk penerbangan berkenaan. Saya cool saja sebab bagi diri saya, janji saya dapat balik dengan selamat. Lagipun, kelewatan berkenaan bukan mengambil masa berjam-jam, tetapi hanya dalam 20 minit saja.

Akhir sekali, harap Team AirAsia dapat bersama-sama untuk memberi WOW perkhidmatan kepada penumpangnya. Dan juga, kepada penumpang sekalian, berilah peluang sebab AirAsia masih adalah ‘baby’.